Friday, May 4, 2012

GAMBARAN HARI KIAMAT





- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 
 Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
 Sedekah/amal jariahnya.
 Doa anak²nya yang soleh.
 Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: Amar Sufi



Tuesday, April 17, 2012

Assalamualaikum :-)

Kesibukan membuat tugasan kadangkala mencuit hati ni tuk post sesuatu. Alhamdulillah tanggal 18 April 2012..pada 5.30 pg niatku untuk menulis d blog tertunai jua.

Jari jemari lincah menaip..akal ligat berfikir..menyusun ayat wakil bicara. Kdgkala hati berbicara, merenung sejenak apakah ada insan setia yg mengunjungi lamanku ini?Jika tiada yg mengunjungi sekalipun sy x kisah,yg ptg ilmu tuk dkongsikan bersama..



    Mungkin sahabat2 sume sdh terbiasa membaca ungkapan ini " cintakan bunga..bunga akn layu, cintakan manusia..manusia akn pergi, cintakan Allah s.w.t..itulah cinta abadi." Ungkapan yg begitu popular sekali juga merupakn satu ungkapan yg sy suka. 

   Dunia yg bersifat sementara ini isinya adalah ni'mat yg juga dipenuhi ujian. Ujian itu yg menentukan rumah kt di akhirat kelak syurga atau neraka. Jika kt berjaya menempuhi segala mcm ujian dgn penuh kesabaran n ketabahan serta  amar makruf nahi mungkar Insya Allah syurga menanti kita.Namun,jk kt jauh dr Allah s.w.t, dan tdk melakukan perintahNya, neraka setia menanti kita. Sy yakin..jk ditanyakan pd  manusia mahu syurga @neraka,sdh pasti mereka ingn memilih syurga..namun segigih mana mrk menyemai iman,membajai ibadah,meracuni nafsu untuk dituai di akhirat kelak? tepuk dada ..tanya iman.

   

  Kdgkala kt byk mengeluh..
  kdgkala kt byk meminta..
  kdgkala kt x bersyukur..
  kdgkala kt krg berdoa..
  kdgkala kt malas sujud..


    


      

Thursday, March 1, 2012

KOPI dan GULA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, assalamualaikum sahabat.Sdh agk lama diri ini menyepi tanpa pengisian di blog sendiri.Kehidupan sebagai pelajar tahun akhir memang agak sibuk dengan penulisan tesis dan juga tugasan lain,namun jika senior2 terdahulu boleh berjaya grad tidak mustahil jg untuk sy dan teman2 seperjuangan mengekori jejak langkah mereka,InsyaAllah.Hari ini sy mencuri sedikit waktu untuk mencoretkan ilham yg terlintas di fikiran ketika menghirup secawan kopi petang tadi.
    
    Apa rasanya kopi tanpa gula?mesti tidak sesedap kopi yg ada gula kan?Begitulah juga manusia yang dibenihkan oleh Allah s.w.t dengan rasa cinta dan kasih sayang sesuai dengan fitrah. Kopi itu umpama manusia,dan gula pula adalah rasa cinta,kasih,dan sayang yang diiringi dengan iman dan taqwa. (CKS) . Manusia yang tidak mempunyai rasa CKS akan berasa kosong dan keseorangan walaupun dikelilingi dengan manusia lain.

    Konsep cinta ini meluas, dan apabila terbaca istilah-istilah cinta yang dijelaskan oleh beberapa  orang penulis hati ini terpanggil bagi mendefinisikan CINTA mengikut pandangan sendiri. Pada sy,cinta itu satu keikhlasan yang menyebabkan seseorang itu berasa bertanggungjawab terhadap orang yang dicintainya. Contohnya,cinta kepada Pencipta mereka akur pada perintah Allah s.w.t, cinta kepada Rasulullah s.a.w mereka   mengamalkan sunah serta berselawat ke atas junjungan yang mulia, cinta kepada ibu bapa mereka mendoakan kesejahteraannya, cinta kepada suami/isteri mereka saling berusaha membawa ke syurga,cinta kepada anak2 mereka mendidik/asuhan dengan penerapan  nilai-nilai Islam.

    Sebelum mencintai manusia,cintailah dulu PENCIPTA. Dan sesudah mencintai Allah s.w.t dan  manusia, Cinta kepada Allah s.w.t perlulah melebihi cinta kpd manusia dan seisinya.

~mohon teguran jk ada kesilapan,segala kelemahan adlh dari diri sy yg hina,dan segala kebaikan itu daripada Allah s.w.t~
    

Monday, January 16, 2012

ALHAMDULILLAH..ALL PRAISES TO ALLAH..



Assalamualaikum sahabat2..Alhamdulillah hari yang ditunggu2 sudah tiba,akhirnya sy berjaya menjawab semua exam tanpa sebarang rintangan,syukur Ya Allah.Buat sahabat2 yg belum 'merdeka' lagi selamat mengulangkaji ye,semoga kita sama-sama mendapat kejayaan yg diimpikan InsyaAllah.Sahabat,percayalah jika niat kita belajar kerana Allah..dan jika kita usaha sedaya upaya Allah akan bantu kita untuk capai cita-cita kita. 
             “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang            mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

     Jangan mudah putus asa sahabat,sebaliknya teruskan usaha untuk menggapai cita-cita kerana kemanisan itu akan dirasai setelah semua kepahitan ditelan.Kejayaan itu ibarat semanis delima merah meranum.Seorang sahabat pernah memberi semangat pada saya dengan "USAHA TANGGA KEJAYAAN" kata-kata hikmah ni begitu popular sekali dalam masyarakat kita kerana melalui usaha itulah kita akan menempa suatu kejayaan.
    
    Namun sahabat..makna 'KEJAYAAN' itu bukan sekadar kejayaan duniawi semata,sebaliknya ia juga KEJAYAAN akhirat.Kejayaan dunia ialah apabila kita berjaya mencapai impian serta kekayaan di bumi ini manakala kejayaan di akhirat pula apabila kita menjadi salah seorang yang dipilih Ilahi menghuni syurgaNya.Subhanallah..tidak dapat saya bayangkan alangkah bahagianya berada di syurga yang kekal abadi yang dijanjikan Allah kepada hamba-hambaNya yang melakukan perintah serta menjauhi laranganNya.Indahnya syurga itu..Sahabat,sama-samalah kita memperbaiki diri serta berusaha sehabis tenaga untuk mengejar kejayaan dunia dan kejayaan akhirat tersebut.Selamat berjuang sahabatku,berjuanglah demi Allah.