Thursday, December 29, 2011

SURAT PADAMU



Ya Allah,aku banyak berdosa padaMu, Kau ampunilah aku..
Ya Muhaimin..Sangat sedikit ku bersyukur akan nikmatMu.. maafkan aku..
Kadangkala Cintaku pada dunia dan insan membuat aku lupa akan CintaMu..
Sedangkan Engkau tidak pernah melupakan makhlukMu walau sedetik, ampuni aku Ya Rahman..
Seringkali aku tidak redha dan bersedih akan ujianMu,ampuni aku Ya Rahim..
Jahilnya diri ini yang jauh dari CintaMu..


Terima kasih Ya Allah,
Terima kasih kerana menyedarkan ku atas keterlampauanku mengejar dunia,kelalaianku sebagai hambaMu..
Terima kasih atas ayat cintaMu padaku yang mengingatkan ku dunia ini hanya sementara..
Alhamdulillah Kau sentiasa mengingatkan ku tentang kematian..
Hamba ini amat hauskan kenikmatan syurgaMu..
Aku tidak sanggup dicampakkan ke nerakaMu Ya Allah..
Pedihnya azab neraka itu,tak dapatku bayangkan tak mampu aku hadapinya..
Lindungi aku dari seksa nerakaMu Ya Rahman..


Ku mohon padaMu,tuntuni aku di atas jalan yang lurus,jalan ke syurgaMu..
Berkati dan rahmatilah hidupku,keluargaku serta sahabatku di duniaMu ini..
Cintai aku pada CintaMu Sang Pencipta yang abadi..
Cintai aku juga pada hamba yang mencintaMu lebih dari isi dunia..
Agar bertambah Cintaku padaMu..
Kuatkanlah iman ku yang lemah ini Tuhanku..
Agar kekal teguh ku di jalanMu walau sekuat mana pun badai melanda..
Amin Ya Rabbal A'lamin..

Wednesday, December 28, 2011

HATI SEBESAR CAWAN/KOLAM

Assalamualaikum sahabat,terlebih dahulu sy ingin mohon maaf kpd shbat yg menanti sambungan novel untuk episod seterusnya krn sekarang sy kesempitan waktu.Minggu depan dah mula exam,sahabat2 doakan kejayaan ku bukan shj cemerlang di dunia ttp jua di akhirat.Untuk meningkatkan kesabaran kita bersama di sini sy kongsikan kisah yg byk memberikan motivasi pd diri sy sendiri.


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."


"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.


                                       sumber : www.iluvislam.com

Tuesday, December 27, 2011

                                                                               4

“Apa khabar En.Faizul..”Sapa seorang doktor yang berumur pertengahan 20an mengukir senyum.
“Saya tak dapat ingat apa yang terjadi pada saya doktor..saya cuma ingat siapa saya dan sape kuarga saya..”katanya lemah sambil memegang kepala yang sakit.
“Awak terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan kepala awak terhantuk pada objek keras.Itu adalah kesan daripada hantukan yang kuat,mungkin awak hilang ingatan dalam jangka masa yang singkat dan mungkin juga mengambil masa yang lama untuk pulih kembali.Saya harap awak bersabar sebab ini adalah dugaan hidup,InsyaAllah akan pulih ingatan awak tu.”
“Mudah-mudahan doktor..”dia selesa bersua dengan doktor muda yang pandai melayan pesakit itu.
“Assalamualaikum”Pintu bilik wad dikuak,tampil umi,abah dan Balkis.
“Waalaikummussalam w.b.t. Faizul menjawabnya serentak dengan doktor muda tersebut.
“Faizul…”sapa uminya sambil memeluk anak lelakinya itu.Disangkakannya Faizul akan koma dalam masa yang lama.Namun dia amat bersyukur padaNya kerana doanya dimakbulkan untuk melihat Faizul sedar daripada koma.
Abahnya pula memegang tangan anaknya itu sambil tersenyum gembira.”Alhamdulillah syukurlah kamu dah sedar nak.”
“Doktor,macam mane dengan keadaan anak saya ni,bila kami boleh bawanya balik doktor?”tanya abahnya yang melihat doktor muda itu yang menyerahkan buku rekod kepada nurse.
“Alhamdulillah..anak tuan dan puan dah sedarkan diri,dan dah melepasi tahap kritikal..dalam dua atau tiga hari  ni pihak kami akan memantau keadaannya dari masa ke semasa, jika tiada apa-apa masalah yang serius ..bolehla pulang ke rumah. Tuan,puan saya ke bilik pesakit sebelah dulu ye..”ujarnya mengundur diri.
“Abang..sakit ke?”tanya Balkis baru mengeluarkan suara,semenjak tadi dia hanya mendengar penerangan doktor pada umi dan abahnya.
“Tak sakit pon,sape cakap abang sakit ah..mestilah sakit adikku oii,tengoklah abang awak ni berbalut sana,berbalut sini..dah macam mumia dah haa..”guraunya sambil tergelak.Umi dan abahnya turut gelak mendengar senda anaknya itu.
“Umi,abah..Faizul minta maaf kalau selama ni Faizul ada buat umi ngan abah terasa”tulus hatinya memohon ampun dri kedua ibu bapa.
“Faizul..umi bahagia sangat ada anak macam Faizul ni tau tak,dan selama umur umi bergelar ibu kepada awak..umi tak pernah terasa hati dengan awak.”jelas uminya penuh perasaan terharu.
“Abah pon..kalau ada kesalahan Faizul..dah lama abah maafkan.Jangan bimbang ye nak.”
Lega hatinya setelah mendengar kemaafan dari abahnya.Dari malam semalam semenjak dia sedarkan diri,dia hanya mengingati apakah dosanya pada kedua orang tua yang menyebabkan dia terlibat dalam kemalangan.Kerana itulah dia berniat memohon maaf pada mereka.

 
Zalika mendongak ke langit kagum dengan ciptaan Allah yang maha esa. Di sisinya ada Murni yang sedang menggapai buah rambutan dari dahan rendang yang hampir menyembah bumi.
“Adoii..sakitnye leher.”adunya pada Murni yang baru sahaja berniat menghulurkan rambutan padanya.
“tu la kau,dari tadi duk tengok atas..silap hari bulan kena bungkus leher tu..hehe..Nah,makan rambutan ni,penat-penat aku ambik tadi.”
“Emm..manis,sedap..sebab  kau yang ambikkan tadi hehe”sendanya.
“Manisnya apa?manisnya cinta?ehemm..ehemm..,apa khabar cinta awak sekarang Cik Zalika Sumayyah Hj.Basir?”Usiknya nakal.Dia suka melihat reaksi sahabatnya yang serba tidak kena bila disebutkan tentang itu.
“Tak faham aku..janganlah duk usik-usik aku Murni,makin kau usik..makin mengingatkan aku pasal dia.Murni,aku rasa aku sorang je yang sukakan dia..mulai sekarang aku nak buang jauh-jauh perasaan tu.Aku tak nak mengharapkan yang tak pasti,makin aku mengharap..makin aku rasa kecewa.”katanya sayu.
“Yang pasal dua hari lepas tu kan..aku sengaja bagi alasan kat umi ngan abah dia yang ada masalah di kedai kita tu.Dengan alasan tu aku boleh mengelak dari bertemu dia.”Terangnya supaya Murni mengerti.
Memang ada masalah di kedainya.Pada awal subuh pagi itu Kak Manja yang menjaga kedai menelefonnya mengatakan kedai mereka itu hampir-hampir dipecah masuk orang.Namun niat mereka itu terbantut kerana menyedari kehadiran anggota polis yang sedang meronda kawasan tersebut.Kak Manja mengetahui berita itu dari orang-orang yang tinggal berhampiran dengan kedai itu.Andai diberi pilihan antara kedai dengan orang,mestilah dia memilih orangnya,namun disebabkan dia belum bersedia bersua dengan Faizul menyebabkan dia pulang ke rumah.Baginya tidak bertemu pun tidak mengapa yang penting dia sudah tahu si dia semakin pulih.
“Ika..Ika..aku tak tau nak cakap apa,mungkin pandangan kita berbeza.” Sambil menggelengkan kepala.”Kalau aku berada kat tempat kau waktu tu,aku akan berdepan dengan dia,biar dia sedar akan kehadiran kau.Mungkin melalui jalan tu yang akan mendekatkan kau dengan dia.”Murni mengawal lembut asuaranya agar sahabatnya itu tenang.
“Tapi tak de maknanya semua tu bagi dia,aku yakin pasti dia mengharapkan kehadiran insan yang istimewa di waktu itu.Aku ni,tak bermakna pun pada dia”
“Ika..memanglah dia mengharapkan kehadiran orang yang dia sayang.Insan itu adalah Umi,abah dan adiknya.Mane kau tau yang dia dah ada calon isteri?Kalau betul lah dia dah ada..kenapa tak nampak pun time kita melawat dia tempoh hari,dan untuk meguatkan lagi hujah aku ni..Balkis,umi,ngan abah Faizul tu tak de pun berbual pasal calon isteri dia.”
Jelas Murni penuh yakin.Baginya untuk mendapatkan sesuatu itu Zalika perlu berusaha dan bukan mengharapkan takdir semata-mata.Benar semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi,tapi manusia mesti berusaha dalam hidup ini.

*********************************************************************
Dia bingkas bangun dari baringannya.Tidurnya terganggu dengan kata-kata Murni petang tadi.Tiba-tiba teringat perbualannya dengan Balkis pada malam itu,yang mana ketika semua orang sedang nyenyak tidur.
“Balkis tak ngantuk lagi ke,dah pukul 1 pagi ni”Sapanya yang melihat Balkis khusyuk menonton cerita Hindustan lakonan Karisma Kapoor bersama Salman Khan.
“Tak leh lelap mata ni kak,terpaksalah buka tv..hindustan pon hindustan la.hehe..”
“Akak ingatkan Balkis memang minat cite hindustan..”
“Tak de la akak..hehe,akak..apa pandangan akak tentang abang?”Sambil tersenyum lebar.Dia mengharapkan jawapan yang positif daripada Zalika.
“Emm..nak jujur ke tipu ni?”cuba sembunyikan debaran di dada.Bimbang seandainya Balkis dapat meneka perasaannya itu.
“Jujur..”Sambil merenung wajah Zalika yang putih bersih itu.
“Ok..secara jujurnya dia baik,prihatin,hamba Allah yang baik InsyaAllah.”Itu jawapan tulus yang lahir dari hatinya.Kerana sikap baik dan prihatin Faizul lah yang membuatkan dirinya terpikat pada lelaki itu.Balkis tersenyum lebar mendengarkan pujian pada abangnya itu.Dia seperti dpat meneka perasaan Zalika pada abangnya.
“Haa..akak  nak tanya sesuatu yang penting lagi mustahak sangat-sangat ni..macam mana Balkis dapat no.phone akak dan boleh call akak?padahal kita belum pernah kenal pun sebelum ni”Soalan yang ingin dia ajukan sejak awal pertemuan di hospital,namun tidak terluah kerana Amin dan Murni berada di sana.Dia lebih selesa bercakap hanya berdua dengan Balkis tambahan pula ini mungkin melibatkan tindakannya pada masa lalu.
“Oowhh..pasl tu ye,emm..memanglah kita tak pernah kenal sebelum ni.Tapi akak kenal abang saya..hehe..mungkin akak dah lupa yang akak ada bagi something kat Abang Faizul sebelum ni..ada kan..?”Soalnya menduga walaupun sudah mengetahui jawapannya.
Zalika cuba mengingati kembali sesuatu yang dihadiahkannya pada Faizul sebelum dia meninggalkan alam sebagai seorang pelajar.Sepasang baju melayu warna ungu.Itu warna kesukaannya.Oleh kerana tidak mengetahui warna kegemaran lelaki itu,dia memilih warna yang disukainya ungu.Namun hadiah tersebut dikirimkan pada temannya yang juga merupakan teman Faizul.Teman yang telah menjaga rahsianya agar tidak memberitahu bahawa dia yang memberi hadiah itu.Hadiah tanpa nama,namun diselit no.telefon yang jarang digunakannya.Sengaja berbuat begitu dengan harapan Faizul tidak putus asa menghubunginya untuk mencari si pemberi hadiah itu dan kebetulan pula sewaktu Balkis menghubunginya dia sedang menggunakan no.telefon itu.
“Masa abang koma,Balkis nak bagitau kat kawan-kawan dia tapi takde no.phone diaorang semua sebab time abang accident..mungkin ada orang yang berpura-pura nak bantu masa tu curi handset abang,polis pun tak jumpa handset abang.Jadi Balkis teringatkan orang yang bagi hadiah kat abang.Walaupun asalnya tanpa nama,tapi abang tulis nama “Zalika Sumayyah”kat sekeping kad yang ada no.phone tu..”
Terasa seperti di awan-awangan,mimpikah dia?Dia meletakkan tangan di dadanya,terkejut mendengar kata-kata Balkis sebentar tadi.Jadi Faizul sudah tahu bahawa dia yang menghadiahi baju melayu itu??Berkali-kali soalan itu diajukan pada diri sendiri.
Berbual dengan Balkis membuatkannya tidak lena tidur hingga ke waktu subuh memikirkan perkara itu.Berita dari Kak Manja yang melaporkan tentang kedai kek dia bersama Murni yang hampir dipecah masuk itu memberikannya idea untuk pulang sekali gus boleh mengelak dari bersua muka dengan lelaki itu.
            (Bersambung)





.














Monday, December 26, 2011

                                                       3
          Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka walaupun belum sempat disentuh tombolnya.Muncul seorang gadis awal 20an tersenyum mesra.
“Assalamualaikum..”Zalika memulakan bicara.
“Waalaikummussalam.Ermm..biar Balkis teka,ni mesti kak Zalika Sumayyah dan ni pula kawan akak..betul tak? And yang ni mungkin adik ataupun saudara terdekat..”
sambil menunjukkan ibu jarinya ke arah Zalika,Murni dan Amin. Zalika hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.”Bijak-bijak..yang ni Kak Murni sahabat baik akak..dan yang ni Amin satu-satunya adik akak.”Dia memperkenalkan Murni dan Amin pada Balkis.
Matanya melilau mencari kelibat Faizul.Pandangannya agak terbatas kerana pintu tersebut dibuka sempit sekali. Balkis kemudian menghulurkan tangan bersalam dengan Zalika dan Murni. Dia kemudiannya menjemput mereka bertiga masuk ke bilik itu. Di atas katil itu terbaring sekujur tubuh yang amat dikenalinya. Wajahnya tenang seperti orang yang sedang tidur tanpa memikirkan apa-apa masalah tetapi kaki,tangan dan kepalanya berbalut dengan kesan ubat. Ya Allah..aku tak sanggup melihat kesakitannya..Ya Allah..sembuhkanlah sakitnya..doanya di dalam hati.Tanpa disedari terasa kehangatan di pipinya.Air mata ini  jatuh lagi kerana seorang lelaki.Dia tidak sanggup melihat keadaan Faizul yang tidak sedarkan diri.Balkis yang sebentar tadi melihat reaksinya itu merapati Zalika dan memeluknya.
“Akak…sama-sama kita doa pada Allah minta kesembuhan abang Balkis.”Sebak suara Balkis kedengaran.Kesedihannya bertambah apabila melihat Zalika mula menitiskan mutiara jernih.Murni yang melihat situasi itu memegang bahu kedua-dua mereka agar bersabar.


******************************************************************************
“Akak..tadi Balkis call Umi bagitau umi yang akak bertiga datang dari jauh untuk ziarah abang.Umi dengan abah ajak akak datang rumah makan dan bermalam sebab umi tak sedap hati nak biarkan akak sewa hotel sebab akak kenalan abang.”
Sambil tersenyum Balkis memberitahu hal itu. Hatinya berharap agar ada sesuatu hubungan yang istimewa antara Zalika dengan abangnya itu, dia cukup berkenan dengan Zalika sejak pertama kali melihat wanita itu mengalirkan air mata kerana abangnya.Harapannya adalah supaya Zalika menjadi kakak iparnya. Walaupun dia tahu bahawa abangnya sudah mempunyai calon tersendiri.Namun dia tidak berkenan dengan sikap Sofea yang kurang mesra dan dianggapnya pemalas kerana semasa abangnya membawa Sofea balik ke rumahnya 2 bulan yang lalu, Sofea sedikitpun tidak membantu dia dan uminya di dapur yang sedang menyediakan makan tengahari. Abangnya pula seperti menyedari bahawa keluarganya tidak menyukai Sofea dan semenjak hari itu abangnya seperti sudah tawar hati untuk mencari calon isteri.
“Ye ke ni Balkis?Kak Ika segan sebenarnya nak jumpa abah ngan umi Balkis ,menyusahkan plak kami ni kan.huhu..”
“Eh eh..boleh je Kak Ika,Amin ngan Kak Murni tak segan pon..hehe.Lagipun bila lagi akak nak kenal rumah ehem..ehemm..”Sampuk Amin nakal disokong oleh Murni yang tersengih mengangguk tanda setuju.
“Ala Ika..jomlah,lagipun aku tak suka tidur kat hotel,tidur kat rumah Balkis lagi selesa..”Tambah Murni yang sengaja merancang supaya mereka singgah di rumah Faizul sambil memegang tangan Zalika.
Murni amat berharap agar kedua orang tua Faizul akan berkenan dengan sahabatnya itu.Walaupun Zalika mungkin hanya bertepuk sebelah tangan,tapi seorang lelaki yang soleh dan baik seperti Faizul akan akur dengan pilihan orang tuanya kerana  redha Allah itu terletak pada Redha ibu bapa.
“Yelah..jom,Balkis jadi penunjuk arah ek..”katanya sambil tersenyum,dalam hati hanya Allah saja yang tahu kebimbangannya untuk bersua muka dengan orang tua Faizul. Murni,Amin dan Balkis tersenyum girang dengan persetujuan Zalika.
Sepanjang perjalanan mereka hanya riuh dengan suara juruhebah IKIM fm.Masing-masing menerawang melayan perasaan, sesekali Amin melawak sehingga membuatkan Murni dan Balkis ketawa geli hati.
“Belok kanan pas tu pegi straight ye kak” kata Balkis.Zalika membelok ke kanan seperti yang diarahkan Balkis. Beberapa minit kemudian sampai sudah mereka ke tempat destinasi.Kelihatan dua orang kelibat sedang berdiri di anjung rumah Balkis sambil tersenyum dari kejauhan.
“Kak Ika,Kak Murni, Amin..ni umi dengan abah Balkis.”Balkis memperkenalkan mereka pada umi dan abahnya.  “Apa khabar mak cik,pak cik?” Zalika menyapa mesra..serentak tangan dihulurkan kepada Umi Faizul dan diciumnya tanda menghormati insan yang bergelar ibu.
“Alhamdulillah mak cik dan pak cik sihat.”Jawab mereka serentak.
“Jemputlah masuk jangan segan-segan umi dengan abah suka dengan kehadiran tetamu di rumah kami.” Tersentak Zalika dan Murni mendengarkan Umi Faizul membahasakan dirinya Umi.Terasa seperti berada dekat dengan ibu kandung mereka.
“Maklumlah anak-anak semua dah besar panjang..balik pun jarang-jarang kat rumah ni.”Sambung abah Faizul.Kegembiraan tergambar di wajah mereka dengan kehadiran tetamu.Tambahan pula tetamu yang datang dari jauh semata-mata ingin menziarahi anak mereka.
“Amin,mari abah tunjukkan bilik kamu..dah,jangan duk asyik ikut kakak kamu aje..hehe”katanya sambil bergurau mesra.
“Zalika,Murni..mari ikut umi.Ni bilik kamu berdua”katanya sambil memulas tombol pintu bilik itu. Mandi dulu,lepas mandi kita makan malam sama-sama ye nak..”lembut suara umi Faizul sehinggakan perasaan cuak Zalika seketika tadi sudah tiada.
“emm..baiklah Ummi..”balasnya gagap,agak janggal membahasakan panggilan umi pada ibu kandung orang lain.
“Umi masak apa untuk kami?maaflah kami susahkan umi dengan abah aje,susah-susah masak untuk kami”Sampuk Murni yang tidak mahu ketinggalan beramah mesra dengan Umi Faizul.
“alahaii..Murni,mana ada susah nye..lagipun memang Umi dengan abah dah lama tak terima tetamu dari jauh.Kami gembira dengan kedatangan kamu semua,Umi ke dapur dulu ye..nak bancuh air teh kejap. Tuala ada dalam almari tu,buat macam bilik sendiri ok.”
“Baik umi”Zalika dan  Murni menjawab serentak sambil tersengih.
“Ika,bertuah la kau.”
“Maksud kau?”
“Tu..bakal mertua kau baik sangat tau heehee”
“Dah..jangan nak mengusik aku,aku nak mandi dulu..”Dia cuba menahan gelora perasaannya sebentar tadi.Dia sendiri pun keliru kenapa tiap kali diungkitkan sesuatu yang berkaitan Faizul dia jadi resah,tak keruan..Astaghfirullahalazim,ampuni aku Ya Allah bicara hatinya.
“Kak Murni,umi dengan abah panggil akak dengan Kak Ika makan.Jomlah akak”ajak Balkis lembut.
“Ok..kejap lagi akak ke dapur,akak tunggu Kak Ika tu tengah mandi”
“Okla,Balkis ke dapur dapur dulu ye kak”
“Baiklah..jap lagi akak bawak Kak Ika turun makan.”Tidak lama kemudian Zalika keluar dari bilik air lengkap berpakaian muslimah tinggal tudung sahaja dipakai di bilik tidur.Dia tersengih melihat gelagat sahabatnya yang termenung di birai katil.
“Kau ni kenapa ah..macam janda kematian suami je aku tengok”sambil tergelak kecil.
“E’elehh..buat-buat tak tau pulak kau ye Ika..geramnya aku,kau tu la mandi lama sangat.Perut aku ni dah 2 kali nyanyi lagu Hindustan kau tau tak,aku tunggu nak ajak kau turun makan.Jomla,hehe..nasib baik kau dah keluar bilik air tadi,kalau tak..nampaknya pengsan terus aku kat katil ni.”
“hehe..sori la Murni,orang kata kalau marah cepat tua,nanti aku belanja makan kek nak tak?Aku kalau mandi camnilah.ekekkee..”


“Assalamualaikum umi,abah,Balkis dan Amin.”
“Waalaikummussalam w.b.t,mai makan.Abah dengan Amin dah dua kali tambah nasi.”Ajak abah Faizul yang mesra.
“Ika..tambah nasi tu,jangan malu-malu.”Pelawa umi Faizul yang melihat Zalika seperti tiada selera hendak menelan makanan.Hatinya bimbang memikirkan keadaan Faizul di hospital tadi.
“Ika dah kenyang umi..”Katanya sambil tersenyum.

Ketika diri mencari sinar..secebis cahaya menerangi laluan adakalanya langkahku tersasar..
Balkis menuju ke ruang tamu menuju ke arah telefonnya.
“Betul ke ni nurse??Alhamdulillah.Terima kasih nurse,pagi esok InsyaAllah saya ke hospital”Balkis bergegas ke dapur.”Abah,umi..abang Faizul dah sedarkan diri,tadi nurse call Balkis”Ceria wajah Umi dan abah mereka mendengar berita gembira itu.
“Alhamdulillah..”kedua-duanya memanjatkan rasa syukur pada Allah yang menyembuhkan sakit anak mereka.
Zalika,Murni dan amin turut merasa gembira dengan berita tersebut.
“Esok bolehla kita pergi hospital sama-sama dengan umi,abah sekali ye Ika”cadang Murni.
Zalika yang sedang mengelamun tersentak mendengar namanya disebut.
“aahh..ye,ye boleh”sambil tersengih.Murni boleh membaca fikiran sahabatnya itu,kelihatan takut untuk bersua dengan Faizul.Ye tak ye jugak sebab mereka berdua memang jarang berjumpa pun sebelum ini..getus hatinya.

(nantikan sambungannya)


                                    












               

Saturday, December 24, 2011

SEBUAH PERTEMUAN

Assalamualaikum w.b.t sahabatku,apa khabar?saya harap kamu semua sihat2 aje bersama keluarga serta orang tersayang. Hari ini merupakan hari yang membahagiakan saya sebab kakak datang melawat sy di UKM.Setelah 4 bulan lebih tdk bersua muka,akhirnya...Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah.Terima kasih di atas pertemuan ini.Kami adik-beradik memang rapat,tp kdg2 bila berlaku pertelingkahan itu sekejap shj dan hubungan kami msh rapat.Waktu yg singkat itu kami manfaatkan dgn berkongsi-kongsi cerita yg sdh lama kami simpan di lubuk hati masing2.Tiba-tiba aje kakak bertanyakan tentang bf,huhu..apa sy nak jawab,ya.Jujur sy menjawab "tdk ada.."dgn penuh yakin"hanya selepas nikah".
  
    Ye,itulah harapan sy..walaupun diri ini suatu ketika dahulu pernah tercuit hati nak couple.Sekarang Alhamdulillah, ALLAH memberiku hidayahNya.Dia menyedarkanku bahawa perkara itu dimurkai PENCIPTA, "Cinta n kasih syg manusia hanyalah setitis jika dibandingkn dgn selautan cinta n kasih syg ALLAH...Sekiranya engkau kehilangan yg setitis itu,ia tdk akn menjejaskn kehidupanmu selagi yg selautan itu masih engkau miliki..."

      Pertemuan sy dgn seseorang itu jg byk memberikan keinsafan buat diri ini yg kekurangan ilmu suatu ketika dahulu.Terima kasih ye krn hadir dlm hdup sy dan berkongsi ilmu agama dgn sy,mengenali orang itu membuatkn diri ini lebih mengenal Sang Pencipta. Sesungguhnya pertemuan,perpisahan,ajal,maut,jodoh,pertemuan di tangan ALLAH.

     Berbalik pd pertemuan dgn akak sy, tcapai jg hasrat memberikan sebuah buku coretan Ustazah Bahyah berjudul 10 Terminal Syurga dalam rumah tangga kalau tak silap saya lah.Dgn harapan buku itu mberi mnfaat pd akak sy yg sdh 6 bln meniti alam rumah tgga. Semoga akak sentiasa bahagia bersama suami tercinta,bersabar dgn dugaan di alm rumah tgga serta cemerlang mendidik zuriat menjadi pejuang Islam INSYAALLAH..

Friday, December 23, 2011

JADILAH SEINDAH MAWAR BERDURI





Assalamualaikum w.b.t apa khabar sahabat-sahabatku sekalian, Alhamdulillah nyawa ini disambung lagi oleh ALLAH  untuk berkongsi ilmu yang serba sedikit saya perolehi dalam ceramah Ustazah Fatimah petang tadi. Mungkin ada di antara sahabat2 yang turut mendengar ceramah itu. Sahabatku sekalian, kita tidak perlu menunggu sampai kita sarat dengan ilmu barulah kita menyebarkan ilmu itu.Bukan begitu sahabatku.Sebaliknya dengan ilmu yang kita ada sekarang walaupun sedikit.kita boleh berkongsinya dgn saudara-saudara semuslim moga ia memberi  manfaat kepada mereka.  Nabi saw. bersabda, “Manusia yang paling baik di antara kamu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (HR. Bukhari).

      Sahabatku,marilah kita sama-sama mempersiapkan diri berubah ke arah yang lebih baik,jadilah mawar berduri kerana cinta ALLAH dan RASUL,dan bukan semata-mata kerana inginkan cinta suami yg soleh.Jika niat  kerana ALLAH dan RASULNYA kita akn sentiasa istiqamah dlm perubahan tersebut.Sebaliknya jika niat selain itu,kita tidak akan mampu untuk bertahan dalam proses untuk berubah itu krn semestinya dugaan hebat adlh dari orang di sekeliling kita spt kawan-kwn yang memandang serong pada kita.Jadi betulkan niat,kuatkan tekad agar kita sentiasa dilindungiNya darp.sifat putus asa. Saudaraku, Mawar berduri itu ape ye?Mawar berduri itu adalah perlambangan/perumpamaan kepada wanita yang setiap detik menjaga auratnya dr.lelaki ajnabi,menjaga ikhtilatnya(pergaulan),menjaga hubungan dgn ALLAH,mencintai ALLAH dan RASUL lebih dr.cintakan insan di dunia,Mawar Berduri jg menjadi idaman setiap kumbang di taman-taman bunga.

Antara ciri-ciri mawar berduri:
~Muslimat(seorang islam)
~Al-Mu'minat(beriman kpd ALLAH)
~Al-Qoonitat(patuh pd ALLAH)
~As-Sodiqat(berkata benar)
~As-Sobirot(Sabar-proaktif mencari penyelesaian)
~Al-Khosyiat(khusyuk)
~Al-Tasoddiqat(byk bersedekah-plg utama n lbh afdhal pd kerabat kuaga sendiri)
~As-Soimat(banyak berpuasa)
~Al-hafizot(org yg menjaga/pelihara farajnya-mengelak drp perkara yg blh mbawa pd zina)
~Org yang banyak ingat ALLAH dgn hati(AL-Quran,sunnah,wahyu ALLAH)

    Saudara seagamaku, indahnya menjadi mawar berduri,cantik menawan,lagi mempesonakan. Cantik di luar serta akhlaknya,yang tidak mudah dipetik oleh tangan-tangan ajnabi.Hanya yang mampu dan setaraf dengannya shj yang mampu memetik mawar itu iaitu lelaki yang mempersiapkan diri menjadi suami yang soleh,yang mampu menuntun isteri ke syurga,yg mampu mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh solehah.
 
   Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk   perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
   
   Cinta itu fitrah tetapi hati-hati kerana ia boleh menjadi fitnah.Kaum Hawa cintanya rapuh,mudah untuk jatuh cinta pada Kaum Adam.Setiap hati ada pujaannya tersendiri.Menyukai dan merindui si dia itu fitrah,tidak salah.Yang menjadi kesalahannya ialah apabila kita memeluk bantal sebagai contohnya,kita membayangkan bantal itu adalah si dia kerana itulah zina hati.

   Jadi,jika kita menyukai seseorang itu,jgn sehingga menganggap bantal yang dipeluk adalah si dia. Perumpamaan yang diberi oleh Ustazah tadi spt kita berpuasa tetapi terlupa untuk bersahur dan kita ke dapur lihat makanan yang disimpan untuk bersahur masih ada,pada ketika itu kita tidak berniat untuk berbuka puasa tetapi hanya menghidu haruman makanan dan bermain-maitn straw  dengan mulut sehinggakan kita tertelan air tersebut.Seharusnya kita perlu mengelakkan diri drp perkara yang membatalkan puasa.

   Begitu jg dgn situasi ini,yg mana kita perlu elakkan diri kita drp zina hati.Simpan dulu perasaan terhadap si dia,bila dah bersedia untuk melangkah ke alam pernikahan barulah kita boleh memulakan langkah seperti bertanya pada si dia adakah sudah mempunyai calon isteri.Kerana jodoh itu Rahsia ALLAH,mungkin ALLAH akan  titipkan kamu dgn si dia.Dan jika dia bkn jodohmu jgn bersedih sahabat,kerana ALLAH mahu memberikanmu lelaki yang lebih baik dr yang kamu impikan itu.


".. Apabila DIRIMU MEMINATI SESEORANG , BERMOHONLAH kepada ALLLAH SWT agar HATINYA akan KAMU MILIKI . jika KAMU SANGAT MENGINGINKANNYA DENGAN SEBENAR - BENAR KEINGINAN , maka , BERMOHONLAH DENGAN SEBENAR - BENAR PENGHARAPAN ..."





   Sekian perkongsian saya pada hari ini,INSYAALLAH jika dipanjangkan umur akan saya kongsikan lagi coretan bersama kalian.Sama-samalah kita menjadi SEINDAH MAWAR BERDURI.

Sunday, December 18, 2011

KEKASIH HATI..


“Selayaknya bagi setiap jiwa yang menapaki jalan ini
menjadikan Dia sebagai Visi Tertinggi dan Misi Utama Kehidupan…
Dialah yang bersama dalam setiap helaan nafas… 
Dialah yang mendengar dalam setiap bicara…
Dialah yang menyatu dalam setiap langkah kehidupan…
Dialah yang dirindui dalam setiap degupan jantung… 
Dialah Obsesi yang menyebabkan kita menjual jiwa padaNya…
Dialah Misi yang kita berlelah,berdarah,berkeringat keranaNya…
Dialah Motivasi yang kita bersungguh-sungguh dalam derap langkah perjuangan.. 
Dialah Sang Kekasih yang kita sentiasa rindu dalam setiap masa dan tika…
Dialah ALLAHU RABBUL A’LAMIN."

Jika Aku Jatuh Cinta

 Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amiin…

Saturday, April 2, 2011

Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.
Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat.

Tuesday, March 15, 2011

MENGAPA PELAJAR PERLU MENGUASAI TEKNOLOGI???

-          Pelajar sepatutnya menguasai teknologi dalam pendidikan mereka. Hal ini demikian kerana tanpa pengetahuan dan kemahiran teknologi, mereka sukar mencari pekerjaan di era globalisasi kini. Jika kita lihat dari sudut bidang kerjaya, majikan sekarang memandang kepada kemahiran manggunakan kecanggihan teknologi komputer dan lain-lain dalam syarat mengambil bekerja di syarikat mereka kerana penggunaan teknologi berperanan penting dalam syarikat.

-          Pelajar yang menguasai teknologi akan mendapat banyak maklumat melalui sumber-sumber internet selain daripada maklumat daripada pengajaran guru di sekolah. Pelajar-pelajar ini lebih banyak ilmu pengetahuan berbanding dengan pelajar yang hanya memperolehi maklumat daripada guru sahaja. Malahan, segala maklumat yang mereka perlukan mudah diperolehi melalui sumber internet.

-          Dapat melahirkan lapisan masyarakat yang kreatif, inovatif dan berfikiran terbuka. Kemahiran dalam bidang teknologi mampu melahirkan masyarakat yang berkaliber kerana mereka yang menguasai teknologi akan mendapat lebih banyak info-info yang berguna. Contohnya melalui blog, mereka boleh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman berguna dengan rakan-rakan di laman sosial.


gambar model inovasi (Bekas Alat Tulis Diperbuat Daripada Majalah)













10 keping gambar di atas adalah bekas alat tulis yang diperbuat daripada bahan terpakai iaitu "majalah". Untuk membuat bekas alat tulis ini, sebanyak 20 helaian majalah yang pelbagai warna digulung menggunakan lidi bagi membentuk gulungan yang cantik. Bagi membentuk bulatan, kotak digunakan dan tapaknya adalah daripada penutup tupperware yang kemudiannya dialas menggunakan majalah. Gulungan majalah tadi kemudiannya dilekatkan dengan gam UHU di bahagian dalam dan luar kotak yang telah dibentuk menjadi bulat. Hasilnya, terciptalah bekas alat tulis yang mana boleh digunakan oleh pelajar, pekerja pejabat, guru, pensyarah dan semua lapisan masyarakat. Kegunaan utamanya adalah untuk menyimpan alat tulis. Uniknya, bekas tersebut  juga boleh digunakan untuk menyimpan barangan kecil seperti telefon bimbit, gelang dan sebagainya. Faedahnya, kita dapat menjimatkan wang daripada membeli bekas alat tulis yang dijual serta dapat memanfaatkan majalah terpakai menjadi kegunaan dalam kehidupan seharian.
















































































Sunday, March 6, 2011

FOTO INOVASI

             SISTEM ROBOTIK DALAM AIR

Hasil ciptaan saintis tempatan dari USM.PULAU PINANG, 9 NOV: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila berjaya menghasilkan sistem robotik dalam air yang bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pertahanan negara malah juga menggiatkan lagi perkembangan industri perkapalan dan penyelidikan marin.Sistem robotik berkenaan, ‘Intelligent Hybrid Underwater Vehicle’ atau juga dikenali sebagai IHUV berupaya menyelam sehingga pada kedalaman 100 meter untuk tujuan pemantauan dan pemetaan dasar laut dan mengimbas sebarang objek pada jarak sejauh 200 meter.
      MESIN WUDU’ AUTOMATIK
Mesin wudu’ automatik ini direka bagi memudahkan seseorang untuk mengambil wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model pertama digunakan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat di Masjid manakala model yang kedua direka untuk kegunaan di rumah. Model ini direka dengan dua singki iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala singki bawah digunakan untuk membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana rekaan ini menggunakan teknologi ‘auto- sensor’. Rekaan ini dibuat dari bahan plastik yang disalut dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria.
      

            PEN  SPY CAMERA

 Merupakan peralatan canggih untuk merakam video dan audio, dimana kameranya tersembunyi di dalam pen, sehingga digunakan untuk kegiatan merakam objek tanpa dicurigai rakamannya, dan dapat juga berfungsi sebagai flash-disk untuk menyimpan data. Spy Pen ini menggunakan built-in Recharegeable Lithium battery. Hasil rakaman menggunakan format AVI (352×288 pixel), yang dapat langsung dilihat secara langsung di komputer.

                ROBOT

Pada bulan November 2008, telah tercipta satu projek inovasi pada penciptaan robot dimana tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan robot yang mampu mengenalpasti emosi yang berbeza berdasarkan ekspresi wajah. Projek ini telah mengumumkan selesainya prototaip robot pertama yang tidak hanya mampu membangunkan emosi mereka sendiri apabila berinteraksi dengan pengasuh mereka, tetapi juga boleh mengekspresikan emosi-emosi mereka.

                                             
            TEKNOLOGI WASHABLE KEYBORD

Keyboard mungkin salah satu objek yang mudah kotor. Biasanya, satu-satunya cara untuk membersihkan permukaan keyboard adalah dengan mengambil setiap butang dan membersihkannya, kemudian memasangkannya kembali. Tapi Unotron telah mencipta jalan penyelesaian dengan mencipta keyboard yang diberi nama washable keyboard. Keyboard ini memiliki teknologi SpillSeal yang mampu melindunginya daripada cecair dan membuatnya mudah untuk dicuci walaupun dengan menggunakan air paip dari wastafel. Selain keyboard, Unotrun juga menghasilkan tetikus dan pembaca Smartcard dan aksesori PC yang tidak mudah kotor. 

                                             HYDRON CONCEPT
David Cardoso telah membayangkan konsep Audi kereta yang selesa di tanah serta air. i boleh digunakan sebagai perahu apabila diperlukan.

Terutama direka untuk memberikan campuran yang tepat antara kemampuan tanah dan air, masing-masing roda Audi Hydron digerakkan oleh mesin kuasa yang boleh menukar 90 °. Dalam air namun; Hydron didorong oleh kapak roda berlubang.


                                                               
                                                                                           
                                                 LORI BIONIK

Rekabentuk lori ini adalah rekabentuk bionik. Oleh kerana badan lori ini bersegmen jadi lori ini boleh dipanjang dan dipendekkan mengikut keperluan. Rekabentuk bersegmen ini diambil daripada serangga seperti lipan.Lori ini direkabentuk oleh Haishan Deng merupakan inovasi terbaru bagi rekabentuk lori sedia ada.


                                KHEMAH GELEMBUNG LUT SINAR

CANGGIH... khemah gelembung dan lutsinar direka untuk memberi pemandangan panorama menakjubkan kepada penghuninya. Sesiapa saja yang ingin mencuba kelengkapan luar ini pasti mahu membawa langsir bersama-sama mereka. Walaupun ia lebih kelihatan seperti mangkuk gergasi ikan emas, rekaan terbaru ini sebenarnya ialah khemah lutsinar. Dengan pemandangan panorama menakjubkan di sekitar kawasan perkhemahan, struktur lut sinar ini direka untuk membolehkan orang ramai berada serapat mungkin dengan alam semula jadi.
Bagaimanapun, ia jauh lebih canggih berbanding peralatan perkhemahan tradisional. Dengan dilengkapi
almari, rak dan lampu elektrik, khemah gelembung ini kelihatan lebih daripada sebuah bilik hotel yang boleh bergerak berbanding khemah biasa.
                                         STESEN TERBANG ANGKASA                
Sebuah lapangan terbang akan dibina di New Mexico. Ini bukan sebarangan lapangan terbang tetapi sebuah stesen untuk membawa penumpang ke angkasa. Syarikat pelancongan Virgin Galactic adalah syarikat yang akan memberi perkhidmatan pelancongan ke angkasa lepas. Penerbangan ke angkasa ini mungkin akan bermula pada tahun 2010.


                                                  U3-X
Peranti mobiliti panduan satu roda yang meneruskan idea “harmoni dengan manusia”, U3-X adalah peranti eksperimental kompak yang sangat padan di antara kedua-dua kaki seseorang penunggang. Peranti mobiliti peribadi baru ini membolehkan ia untuk melaraskan kelajuan dan gerakan, berpusing dan berhenti dalam semua arah apabila penunggang menyandarkan bahagian atas badan untuk memindahkan berat badan.  *Berdasarkan penyelidikan dalaman Honda
Peranti mobiliti peribadi kompak ini adalah peranti yang bukan saja mesra kepada pengguna, malah kepada sesiapa yang berada di sekelilingnya. Bagi penunggang, lebih mudah untuk mereka mencecah permukaan tanah dengan adanya tempat letak kaki. Tambahan pula, posisi duduk penunggang jarang sekali berada pada paras mata yang sama dengan orang lain dan pejalan kaki di sekelilingnya, secara tidak langsung mewujudkan jarak yang selesa antara mereka.