Friday, May 4, 2012

GAMBARAN HARI KIAMAT





- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 
 Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
 Sedekah/amal jariahnya.
 Doa anak²nya yang soleh.
 Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: Amar Sufi



Tuesday, April 17, 2012

Assalamualaikum :-)

Kesibukan membuat tugasan kadangkala mencuit hati ni tuk post sesuatu. Alhamdulillah tanggal 18 April 2012..pada 5.30 pg niatku untuk menulis d blog tertunai jua.

Jari jemari lincah menaip..akal ligat berfikir..menyusun ayat wakil bicara. Kdgkala hati berbicara, merenung sejenak apakah ada insan setia yg mengunjungi lamanku ini?Jika tiada yg mengunjungi sekalipun sy x kisah,yg ptg ilmu tuk dkongsikan bersama..



    Mungkin sahabat2 sume sdh terbiasa membaca ungkapan ini " cintakan bunga..bunga akn layu, cintakan manusia..manusia akn pergi, cintakan Allah s.w.t..itulah cinta abadi." Ungkapan yg begitu popular sekali juga merupakn satu ungkapan yg sy suka. 

   Dunia yg bersifat sementara ini isinya adalah ni'mat yg juga dipenuhi ujian. Ujian itu yg menentukan rumah kt di akhirat kelak syurga atau neraka. Jika kt berjaya menempuhi segala mcm ujian dgn penuh kesabaran n ketabahan serta  amar makruf nahi mungkar Insya Allah syurga menanti kita.Namun,jk kt jauh dr Allah s.w.t, dan tdk melakukan perintahNya, neraka setia menanti kita. Sy yakin..jk ditanyakan pd  manusia mahu syurga @neraka,sdh pasti mereka ingn memilih syurga..namun segigih mana mrk menyemai iman,membajai ibadah,meracuni nafsu untuk dituai di akhirat kelak? tepuk dada ..tanya iman.

   

  Kdgkala kt byk mengeluh..
  kdgkala kt byk meminta..
  kdgkala kt x bersyukur..
  kdgkala kt krg berdoa..
  kdgkala kt malas sujud..


    


      

Thursday, March 1, 2012

KOPI dan GULA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, assalamualaikum sahabat.Sdh agk lama diri ini menyepi tanpa pengisian di blog sendiri.Kehidupan sebagai pelajar tahun akhir memang agak sibuk dengan penulisan tesis dan juga tugasan lain,namun jika senior2 terdahulu boleh berjaya grad tidak mustahil jg untuk sy dan teman2 seperjuangan mengekori jejak langkah mereka,InsyaAllah.Hari ini sy mencuri sedikit waktu untuk mencoretkan ilham yg terlintas di fikiran ketika menghirup secawan kopi petang tadi.
    
    Apa rasanya kopi tanpa gula?mesti tidak sesedap kopi yg ada gula kan?Begitulah juga manusia yang dibenihkan oleh Allah s.w.t dengan rasa cinta dan kasih sayang sesuai dengan fitrah. Kopi itu umpama manusia,dan gula pula adalah rasa cinta,kasih,dan sayang yang diiringi dengan iman dan taqwa. (CKS) . Manusia yang tidak mempunyai rasa CKS akan berasa kosong dan keseorangan walaupun dikelilingi dengan manusia lain.

    Konsep cinta ini meluas, dan apabila terbaca istilah-istilah cinta yang dijelaskan oleh beberapa  orang penulis hati ini terpanggil bagi mendefinisikan CINTA mengikut pandangan sendiri. Pada sy,cinta itu satu keikhlasan yang menyebabkan seseorang itu berasa bertanggungjawab terhadap orang yang dicintainya. Contohnya,cinta kepada Pencipta mereka akur pada perintah Allah s.w.t, cinta kepada Rasulullah s.a.w mereka   mengamalkan sunah serta berselawat ke atas junjungan yang mulia, cinta kepada ibu bapa mereka mendoakan kesejahteraannya, cinta kepada suami/isteri mereka saling berusaha membawa ke syurga,cinta kepada anak2 mereka mendidik/asuhan dengan penerapan  nilai-nilai Islam.

    Sebelum mencintai manusia,cintailah dulu PENCIPTA. Dan sesudah mencintai Allah s.w.t dan  manusia, Cinta kepada Allah s.w.t perlulah melebihi cinta kpd manusia dan seisinya.

~mohon teguran jk ada kesilapan,segala kelemahan adlh dari diri sy yg hina,dan segala kebaikan itu daripada Allah s.w.t~
    

Monday, January 16, 2012

ALHAMDULILLAH..ALL PRAISES TO ALLAH..



Assalamualaikum sahabat2..Alhamdulillah hari yang ditunggu2 sudah tiba,akhirnya sy berjaya menjawab semua exam tanpa sebarang rintangan,syukur Ya Allah.Buat sahabat2 yg belum 'merdeka' lagi selamat mengulangkaji ye,semoga kita sama-sama mendapat kejayaan yg diimpikan InsyaAllah.Sahabat,percayalah jika niat kita belajar kerana Allah..dan jika kita usaha sedaya upaya Allah akan bantu kita untuk capai cita-cita kita. 
             “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang            mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

     Jangan mudah putus asa sahabat,sebaliknya teruskan usaha untuk menggapai cita-cita kerana kemanisan itu akan dirasai setelah semua kepahitan ditelan.Kejayaan itu ibarat semanis delima merah meranum.Seorang sahabat pernah memberi semangat pada saya dengan "USAHA TANGGA KEJAYAAN" kata-kata hikmah ni begitu popular sekali dalam masyarakat kita kerana melalui usaha itulah kita akan menempa suatu kejayaan.
    
    Namun sahabat..makna 'KEJAYAAN' itu bukan sekadar kejayaan duniawi semata,sebaliknya ia juga KEJAYAAN akhirat.Kejayaan dunia ialah apabila kita berjaya mencapai impian serta kekayaan di bumi ini manakala kejayaan di akhirat pula apabila kita menjadi salah seorang yang dipilih Ilahi menghuni syurgaNya.Subhanallah..tidak dapat saya bayangkan alangkah bahagianya berada di syurga yang kekal abadi yang dijanjikan Allah kepada hamba-hambaNya yang melakukan perintah serta menjauhi laranganNya.Indahnya syurga itu..Sahabat,sama-samalah kita memperbaiki diri serta berusaha sehabis tenaga untuk mengejar kejayaan dunia dan kejayaan akhirat tersebut.Selamat berjuang sahabatku,berjuanglah demi Allah.
   

Thursday, December 29, 2011

SURAT PADAMU



Ya Allah,aku banyak berdosa padaMu, Kau ampunilah aku..
Ya Muhaimin..Sangat sedikit ku bersyukur akan nikmatMu.. maafkan aku..
Kadangkala Cintaku pada dunia dan insan membuat aku lupa akan CintaMu..
Sedangkan Engkau tidak pernah melupakan makhlukMu walau sedetik, ampuni aku Ya Rahman..
Seringkali aku tidak redha dan bersedih akan ujianMu,ampuni aku Ya Rahim..
Jahilnya diri ini yang jauh dari CintaMu..


Terima kasih Ya Allah,
Terima kasih kerana menyedarkan ku atas keterlampauanku mengejar dunia,kelalaianku sebagai hambaMu..
Terima kasih atas ayat cintaMu padaku yang mengingatkan ku dunia ini hanya sementara..
Alhamdulillah Kau sentiasa mengingatkan ku tentang kematian..
Hamba ini amat hauskan kenikmatan syurgaMu..
Aku tidak sanggup dicampakkan ke nerakaMu Ya Allah..
Pedihnya azab neraka itu,tak dapatku bayangkan tak mampu aku hadapinya..
Lindungi aku dari seksa nerakaMu Ya Rahman..


Ku mohon padaMu,tuntuni aku di atas jalan yang lurus,jalan ke syurgaMu..
Berkati dan rahmatilah hidupku,keluargaku serta sahabatku di duniaMu ini..
Cintai aku pada CintaMu Sang Pencipta yang abadi..
Cintai aku juga pada hamba yang mencintaMu lebih dari isi dunia..
Agar bertambah Cintaku padaMu..
Kuatkanlah iman ku yang lemah ini Tuhanku..
Agar kekal teguh ku di jalanMu walau sekuat mana pun badai melanda..
Amin Ya Rabbal A'lamin..

Wednesday, December 28, 2011

HATI SEBESAR CAWAN/KOLAM

Assalamualaikum sahabat,terlebih dahulu sy ingin mohon maaf kpd shbat yg menanti sambungan novel untuk episod seterusnya krn sekarang sy kesempitan waktu.Minggu depan dah mula exam,sahabat2 doakan kejayaan ku bukan shj cemerlang di dunia ttp jua di akhirat.Untuk meningkatkan kesabaran kita bersama di sini sy kongsikan kisah yg byk memberikan motivasi pd diri sy sendiri.


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."


"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.


                                       sumber : www.iluvislam.com

Tuesday, December 27, 2011

                                                                               4

“Apa khabar En.Faizul..”Sapa seorang doktor yang berumur pertengahan 20an mengukir senyum.
“Saya tak dapat ingat apa yang terjadi pada saya doktor..saya cuma ingat siapa saya dan sape kuarga saya..”katanya lemah sambil memegang kepala yang sakit.
“Awak terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan kepala awak terhantuk pada objek keras.Itu adalah kesan daripada hantukan yang kuat,mungkin awak hilang ingatan dalam jangka masa yang singkat dan mungkin juga mengambil masa yang lama untuk pulih kembali.Saya harap awak bersabar sebab ini adalah dugaan hidup,InsyaAllah akan pulih ingatan awak tu.”
“Mudah-mudahan doktor..”dia selesa bersua dengan doktor muda yang pandai melayan pesakit itu.
“Assalamualaikum”Pintu bilik wad dikuak,tampil umi,abah dan Balkis.
“Waalaikummussalam w.b.t. Faizul menjawabnya serentak dengan doktor muda tersebut.
“Faizul…”sapa uminya sambil memeluk anak lelakinya itu.Disangkakannya Faizul akan koma dalam masa yang lama.Namun dia amat bersyukur padaNya kerana doanya dimakbulkan untuk melihat Faizul sedar daripada koma.
Abahnya pula memegang tangan anaknya itu sambil tersenyum gembira.”Alhamdulillah syukurlah kamu dah sedar nak.”
“Doktor,macam mane dengan keadaan anak saya ni,bila kami boleh bawanya balik doktor?”tanya abahnya yang melihat doktor muda itu yang menyerahkan buku rekod kepada nurse.
“Alhamdulillah..anak tuan dan puan dah sedarkan diri,dan dah melepasi tahap kritikal..dalam dua atau tiga hari  ni pihak kami akan memantau keadaannya dari masa ke semasa, jika tiada apa-apa masalah yang serius ..bolehla pulang ke rumah. Tuan,puan saya ke bilik pesakit sebelah dulu ye..”ujarnya mengundur diri.
“Abang..sakit ke?”tanya Balkis baru mengeluarkan suara,semenjak tadi dia hanya mendengar penerangan doktor pada umi dan abahnya.
“Tak sakit pon,sape cakap abang sakit ah..mestilah sakit adikku oii,tengoklah abang awak ni berbalut sana,berbalut sini..dah macam mumia dah haa..”guraunya sambil tergelak.Umi dan abahnya turut gelak mendengar senda anaknya itu.
“Umi,abah..Faizul minta maaf kalau selama ni Faizul ada buat umi ngan abah terasa”tulus hatinya memohon ampun dri kedua ibu bapa.
“Faizul..umi bahagia sangat ada anak macam Faizul ni tau tak,dan selama umur umi bergelar ibu kepada awak..umi tak pernah terasa hati dengan awak.”jelas uminya penuh perasaan terharu.
“Abah pon..kalau ada kesalahan Faizul..dah lama abah maafkan.Jangan bimbang ye nak.”
Lega hatinya setelah mendengar kemaafan dari abahnya.Dari malam semalam semenjak dia sedarkan diri,dia hanya mengingati apakah dosanya pada kedua orang tua yang menyebabkan dia terlibat dalam kemalangan.Kerana itulah dia berniat memohon maaf pada mereka.

 
Zalika mendongak ke langit kagum dengan ciptaan Allah yang maha esa. Di sisinya ada Murni yang sedang menggapai buah rambutan dari dahan rendang yang hampir menyembah bumi.
“Adoii..sakitnye leher.”adunya pada Murni yang baru sahaja berniat menghulurkan rambutan padanya.
“tu la kau,dari tadi duk tengok atas..silap hari bulan kena bungkus leher tu..hehe..Nah,makan rambutan ni,penat-penat aku ambik tadi.”
“Emm..manis,sedap..sebab  kau yang ambikkan tadi hehe”sendanya.
“Manisnya apa?manisnya cinta?ehemm..ehemm..,apa khabar cinta awak sekarang Cik Zalika Sumayyah Hj.Basir?”Usiknya nakal.Dia suka melihat reaksi sahabatnya yang serba tidak kena bila disebutkan tentang itu.
“Tak faham aku..janganlah duk usik-usik aku Murni,makin kau usik..makin mengingatkan aku pasal dia.Murni,aku rasa aku sorang je yang sukakan dia..mulai sekarang aku nak buang jauh-jauh perasaan tu.Aku tak nak mengharapkan yang tak pasti,makin aku mengharap..makin aku rasa kecewa.”katanya sayu.
“Yang pasal dua hari lepas tu kan..aku sengaja bagi alasan kat umi ngan abah dia yang ada masalah di kedai kita tu.Dengan alasan tu aku boleh mengelak dari bertemu dia.”Terangnya supaya Murni mengerti.
Memang ada masalah di kedainya.Pada awal subuh pagi itu Kak Manja yang menjaga kedai menelefonnya mengatakan kedai mereka itu hampir-hampir dipecah masuk orang.Namun niat mereka itu terbantut kerana menyedari kehadiran anggota polis yang sedang meronda kawasan tersebut.Kak Manja mengetahui berita itu dari orang-orang yang tinggal berhampiran dengan kedai itu.Andai diberi pilihan antara kedai dengan orang,mestilah dia memilih orangnya,namun disebabkan dia belum bersedia bersua dengan Faizul menyebabkan dia pulang ke rumah.Baginya tidak bertemu pun tidak mengapa yang penting dia sudah tahu si dia semakin pulih.
“Ika..Ika..aku tak tau nak cakap apa,mungkin pandangan kita berbeza.” Sambil menggelengkan kepala.”Kalau aku berada kat tempat kau waktu tu,aku akan berdepan dengan dia,biar dia sedar akan kehadiran kau.Mungkin melalui jalan tu yang akan mendekatkan kau dengan dia.”Murni mengawal lembut asuaranya agar sahabatnya itu tenang.
“Tapi tak de maknanya semua tu bagi dia,aku yakin pasti dia mengharapkan kehadiran insan yang istimewa di waktu itu.Aku ni,tak bermakna pun pada dia”
“Ika..memanglah dia mengharapkan kehadiran orang yang dia sayang.Insan itu adalah Umi,abah dan adiknya.Mane kau tau yang dia dah ada calon isteri?Kalau betul lah dia dah ada..kenapa tak nampak pun time kita melawat dia tempoh hari,dan untuk meguatkan lagi hujah aku ni..Balkis,umi,ngan abah Faizul tu tak de pun berbual pasal calon isteri dia.”
Jelas Murni penuh yakin.Baginya untuk mendapatkan sesuatu itu Zalika perlu berusaha dan bukan mengharapkan takdir semata-mata.Benar semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi,tapi manusia mesti berusaha dalam hidup ini.

*********************************************************************
Dia bingkas bangun dari baringannya.Tidurnya terganggu dengan kata-kata Murni petang tadi.Tiba-tiba teringat perbualannya dengan Balkis pada malam itu,yang mana ketika semua orang sedang nyenyak tidur.
“Balkis tak ngantuk lagi ke,dah pukul 1 pagi ni”Sapanya yang melihat Balkis khusyuk menonton cerita Hindustan lakonan Karisma Kapoor bersama Salman Khan.
“Tak leh lelap mata ni kak,terpaksalah buka tv..hindustan pon hindustan la.hehe..”
“Akak ingatkan Balkis memang minat cite hindustan..”
“Tak de la akak..hehe,akak..apa pandangan akak tentang abang?”Sambil tersenyum lebar.Dia mengharapkan jawapan yang positif daripada Zalika.
“Emm..nak jujur ke tipu ni?”cuba sembunyikan debaran di dada.Bimbang seandainya Balkis dapat meneka perasaannya itu.
“Jujur..”Sambil merenung wajah Zalika yang putih bersih itu.
“Ok..secara jujurnya dia baik,prihatin,hamba Allah yang baik InsyaAllah.”Itu jawapan tulus yang lahir dari hatinya.Kerana sikap baik dan prihatin Faizul lah yang membuatkan dirinya terpikat pada lelaki itu.Balkis tersenyum lebar mendengarkan pujian pada abangnya itu.Dia seperti dpat meneka perasaan Zalika pada abangnya.
“Haa..akak  nak tanya sesuatu yang penting lagi mustahak sangat-sangat ni..macam mana Balkis dapat no.phone akak dan boleh call akak?padahal kita belum pernah kenal pun sebelum ni”Soalan yang ingin dia ajukan sejak awal pertemuan di hospital,namun tidak terluah kerana Amin dan Murni berada di sana.Dia lebih selesa bercakap hanya berdua dengan Balkis tambahan pula ini mungkin melibatkan tindakannya pada masa lalu.
“Oowhh..pasl tu ye,emm..memanglah kita tak pernah kenal sebelum ni.Tapi akak kenal abang saya..hehe..mungkin akak dah lupa yang akak ada bagi something kat Abang Faizul sebelum ni..ada kan..?”Soalnya menduga walaupun sudah mengetahui jawapannya.
Zalika cuba mengingati kembali sesuatu yang dihadiahkannya pada Faizul sebelum dia meninggalkan alam sebagai seorang pelajar.Sepasang baju melayu warna ungu.Itu warna kesukaannya.Oleh kerana tidak mengetahui warna kegemaran lelaki itu,dia memilih warna yang disukainya ungu.Namun hadiah tersebut dikirimkan pada temannya yang juga merupakan teman Faizul.Teman yang telah menjaga rahsianya agar tidak memberitahu bahawa dia yang memberi hadiah itu.Hadiah tanpa nama,namun diselit no.telefon yang jarang digunakannya.Sengaja berbuat begitu dengan harapan Faizul tidak putus asa menghubunginya untuk mencari si pemberi hadiah itu dan kebetulan pula sewaktu Balkis menghubunginya dia sedang menggunakan no.telefon itu.
“Masa abang koma,Balkis nak bagitau kat kawan-kawan dia tapi takde no.phone diaorang semua sebab time abang accident..mungkin ada orang yang berpura-pura nak bantu masa tu curi handset abang,polis pun tak jumpa handset abang.Jadi Balkis teringatkan orang yang bagi hadiah kat abang.Walaupun asalnya tanpa nama,tapi abang tulis nama “Zalika Sumayyah”kat sekeping kad yang ada no.phone tu..”
Terasa seperti di awan-awangan,mimpikah dia?Dia meletakkan tangan di dadanya,terkejut mendengar kata-kata Balkis sebentar tadi.Jadi Faizul sudah tahu bahawa dia yang menghadiahi baju melayu itu??Berkali-kali soalan itu diajukan pada diri sendiri.
Berbual dengan Balkis membuatkannya tidak lena tidur hingga ke waktu subuh memikirkan perkara itu.Berita dari Kak Manja yang melaporkan tentang kedai kek dia bersama Murni yang hampir dipecah masuk itu memberikannya idea untuk pulang sekali gus boleh mengelak dari bersua muka dengan lelaki itu.
            (Bersambung)





.