Tuesday, March 15, 2011

gambar model inovasi (Bekas Alat Tulis Diperbuat Daripada Majalah)













10 keping gambar di atas adalah bekas alat tulis yang diperbuat daripada bahan terpakai iaitu "majalah". Untuk membuat bekas alat tulis ini, sebanyak 20 helaian majalah yang pelbagai warna digulung menggunakan lidi bagi membentuk gulungan yang cantik. Bagi membentuk bulatan, kotak digunakan dan tapaknya adalah daripada penutup tupperware yang kemudiannya dialas menggunakan majalah. Gulungan majalah tadi kemudiannya dilekatkan dengan gam UHU di bahagian dalam dan luar kotak yang telah dibentuk menjadi bulat. Hasilnya, terciptalah bekas alat tulis yang mana boleh digunakan oleh pelajar, pekerja pejabat, guru, pensyarah dan semua lapisan masyarakat. Kegunaan utamanya adalah untuk menyimpan alat tulis. Uniknya, bekas tersebut  juga boleh digunakan untuk menyimpan barangan kecil seperti telefon bimbit, gelang dan sebagainya. Faedahnya, kita dapat menjimatkan wang daripada membeli bekas alat tulis yang dijual serta dapat memanfaatkan majalah terpakai menjadi kegunaan dalam kehidupan seharian.
















































































2 comments:

  1. kitar semula, kelestarian unutk hari esok...

    ReplyDelete
  2. terima kasih sahabatku di atas komen anda.Seandainya ada kesempatan waktu,kita boleh membuat bekas alat tulis daripada majalah ini bersama.

    ReplyDelete