Sunday, December 18, 2011

Jika Aku Jatuh Cinta

 Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amiin…

Saturday, April 2, 2011

Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.
Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat.

Tuesday, March 15, 2011

MENGAPA PELAJAR PERLU MENGUASAI TEKNOLOGI???

-          Pelajar sepatutnya menguasai teknologi dalam pendidikan mereka. Hal ini demikian kerana tanpa pengetahuan dan kemahiran teknologi, mereka sukar mencari pekerjaan di era globalisasi kini. Jika kita lihat dari sudut bidang kerjaya, majikan sekarang memandang kepada kemahiran manggunakan kecanggihan teknologi komputer dan lain-lain dalam syarat mengambil bekerja di syarikat mereka kerana penggunaan teknologi berperanan penting dalam syarikat.

-          Pelajar yang menguasai teknologi akan mendapat banyak maklumat melalui sumber-sumber internet selain daripada maklumat daripada pengajaran guru di sekolah. Pelajar-pelajar ini lebih banyak ilmu pengetahuan berbanding dengan pelajar yang hanya memperolehi maklumat daripada guru sahaja. Malahan, segala maklumat yang mereka perlukan mudah diperolehi melalui sumber internet.

-          Dapat melahirkan lapisan masyarakat yang kreatif, inovatif dan berfikiran terbuka. Kemahiran dalam bidang teknologi mampu melahirkan masyarakat yang berkaliber kerana mereka yang menguasai teknologi akan mendapat lebih banyak info-info yang berguna. Contohnya melalui blog, mereka boleh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman berguna dengan rakan-rakan di laman sosial.


gambar model inovasi (Bekas Alat Tulis Diperbuat Daripada Majalah)













10 keping gambar di atas adalah bekas alat tulis yang diperbuat daripada bahan terpakai iaitu "majalah". Untuk membuat bekas alat tulis ini, sebanyak 20 helaian majalah yang pelbagai warna digulung menggunakan lidi bagi membentuk gulungan yang cantik. Bagi membentuk bulatan, kotak digunakan dan tapaknya adalah daripada penutup tupperware yang kemudiannya dialas menggunakan majalah. Gulungan majalah tadi kemudiannya dilekatkan dengan gam UHU di bahagian dalam dan luar kotak yang telah dibentuk menjadi bulat. Hasilnya, terciptalah bekas alat tulis yang mana boleh digunakan oleh pelajar, pekerja pejabat, guru, pensyarah dan semua lapisan masyarakat. Kegunaan utamanya adalah untuk menyimpan alat tulis. Uniknya, bekas tersebut  juga boleh digunakan untuk menyimpan barangan kecil seperti telefon bimbit, gelang dan sebagainya. Faedahnya, kita dapat menjimatkan wang daripada membeli bekas alat tulis yang dijual serta dapat memanfaatkan majalah terpakai menjadi kegunaan dalam kehidupan seharian.
















































































Sunday, March 6, 2011

FOTO INOVASI

             SISTEM ROBOTIK DALAM AIR

Hasil ciptaan saintis tempatan dari USM.PULAU PINANG, 9 NOV: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila berjaya menghasilkan sistem robotik dalam air yang bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pertahanan negara malah juga menggiatkan lagi perkembangan industri perkapalan dan penyelidikan marin.Sistem robotik berkenaan, ‘Intelligent Hybrid Underwater Vehicle’ atau juga dikenali sebagai IHUV berupaya menyelam sehingga pada kedalaman 100 meter untuk tujuan pemantauan dan pemetaan dasar laut dan mengimbas sebarang objek pada jarak sejauh 200 meter.
      MESIN WUDU’ AUTOMATIK
Mesin wudu’ automatik ini direka bagi memudahkan seseorang untuk mengambil wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model pertama digunakan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat di Masjid manakala model yang kedua direka untuk kegunaan di rumah. Model ini direka dengan dua singki iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala singki bawah digunakan untuk membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana rekaan ini menggunakan teknologi ‘auto- sensor’. Rekaan ini dibuat dari bahan plastik yang disalut dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria.
      

            PEN  SPY CAMERA

 Merupakan peralatan canggih untuk merakam video dan audio, dimana kameranya tersembunyi di dalam pen, sehingga digunakan untuk kegiatan merakam objek tanpa dicurigai rakamannya, dan dapat juga berfungsi sebagai flash-disk untuk menyimpan data. Spy Pen ini menggunakan built-in Recharegeable Lithium battery. Hasil rakaman menggunakan format AVI (352×288 pixel), yang dapat langsung dilihat secara langsung di komputer.

                ROBOT

Pada bulan November 2008, telah tercipta satu projek inovasi pada penciptaan robot dimana tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan robot yang mampu mengenalpasti emosi yang berbeza berdasarkan ekspresi wajah. Projek ini telah mengumumkan selesainya prototaip robot pertama yang tidak hanya mampu membangunkan emosi mereka sendiri apabila berinteraksi dengan pengasuh mereka, tetapi juga boleh mengekspresikan emosi-emosi mereka.

                                             
            TEKNOLOGI WASHABLE KEYBORD

Keyboard mungkin salah satu objek yang mudah kotor. Biasanya, satu-satunya cara untuk membersihkan permukaan keyboard adalah dengan mengambil setiap butang dan membersihkannya, kemudian memasangkannya kembali. Tapi Unotron telah mencipta jalan penyelesaian dengan mencipta keyboard yang diberi nama washable keyboard. Keyboard ini memiliki teknologi SpillSeal yang mampu melindunginya daripada cecair dan membuatnya mudah untuk dicuci walaupun dengan menggunakan air paip dari wastafel. Selain keyboard, Unotrun juga menghasilkan tetikus dan pembaca Smartcard dan aksesori PC yang tidak mudah kotor. 

                                             HYDRON CONCEPT
David Cardoso telah membayangkan konsep Audi kereta yang selesa di tanah serta air. i boleh digunakan sebagai perahu apabila diperlukan.

Terutama direka untuk memberikan campuran yang tepat antara kemampuan tanah dan air, masing-masing roda Audi Hydron digerakkan oleh mesin kuasa yang boleh menukar 90 °. Dalam air namun; Hydron didorong oleh kapak roda berlubang.


                                                               
                                                                                           
                                                 LORI BIONIK

Rekabentuk lori ini adalah rekabentuk bionik. Oleh kerana badan lori ini bersegmen jadi lori ini boleh dipanjang dan dipendekkan mengikut keperluan. Rekabentuk bersegmen ini diambil daripada serangga seperti lipan.Lori ini direkabentuk oleh Haishan Deng merupakan inovasi terbaru bagi rekabentuk lori sedia ada.


                                KHEMAH GELEMBUNG LUT SINAR

CANGGIH... khemah gelembung dan lutsinar direka untuk memberi pemandangan panorama menakjubkan kepada penghuninya. Sesiapa saja yang ingin mencuba kelengkapan luar ini pasti mahu membawa langsir bersama-sama mereka. Walaupun ia lebih kelihatan seperti mangkuk gergasi ikan emas, rekaan terbaru ini sebenarnya ialah khemah lutsinar. Dengan pemandangan panorama menakjubkan di sekitar kawasan perkhemahan, struktur lut sinar ini direka untuk membolehkan orang ramai berada serapat mungkin dengan alam semula jadi.
Bagaimanapun, ia jauh lebih canggih berbanding peralatan perkhemahan tradisional. Dengan dilengkapi
almari, rak dan lampu elektrik, khemah gelembung ini kelihatan lebih daripada sebuah bilik hotel yang boleh bergerak berbanding khemah biasa.
                                         STESEN TERBANG ANGKASA                
Sebuah lapangan terbang akan dibina di New Mexico. Ini bukan sebarangan lapangan terbang tetapi sebuah stesen untuk membawa penumpang ke angkasa. Syarikat pelancongan Virgin Galactic adalah syarikat yang akan memberi perkhidmatan pelancongan ke angkasa lepas. Penerbangan ke angkasa ini mungkin akan bermula pada tahun 2010.


                                                  U3-X
Peranti mobiliti panduan satu roda yang meneruskan idea “harmoni dengan manusia”, U3-X adalah peranti eksperimental kompak yang sangat padan di antara kedua-dua kaki seseorang penunggang. Peranti mobiliti peribadi baru ini membolehkan ia untuk melaraskan kelajuan dan gerakan, berpusing dan berhenti dalam semua arah apabila penunggang menyandarkan bahagian atas badan untuk memindahkan berat badan.  *Berdasarkan penyelidikan dalaman Honda
Peranti mobiliti peribadi kompak ini adalah peranti yang bukan saja mesra kepada pengguna, malah kepada sesiapa yang berada di sekelilingnya. Bagi penunggang, lebih mudah untuk mereka mencecah permukaan tanah dengan adanya tempat letak kaki. Tambahan pula, posisi duduk penunggang jarang sekali berada pada paras mata yang sama dengan orang lain dan pejalan kaki di sekelilingnya, secara tidak langsung mewujudkan jarak yang selesa antara mereka.