Tuesday, March 15, 2011

MENGAPA PELAJAR PERLU MENGUASAI TEKNOLOGI???

-          Pelajar sepatutnya menguasai teknologi dalam pendidikan mereka. Hal ini demikian kerana tanpa pengetahuan dan kemahiran teknologi, mereka sukar mencari pekerjaan di era globalisasi kini. Jika kita lihat dari sudut bidang kerjaya, majikan sekarang memandang kepada kemahiran manggunakan kecanggihan teknologi komputer dan lain-lain dalam syarat mengambil bekerja di syarikat mereka kerana penggunaan teknologi berperanan penting dalam syarikat.

-          Pelajar yang menguasai teknologi akan mendapat banyak maklumat melalui sumber-sumber internet selain daripada maklumat daripada pengajaran guru di sekolah. Pelajar-pelajar ini lebih banyak ilmu pengetahuan berbanding dengan pelajar yang hanya memperolehi maklumat daripada guru sahaja. Malahan, segala maklumat yang mereka perlukan mudah diperolehi melalui sumber internet.

-          Dapat melahirkan lapisan masyarakat yang kreatif, inovatif dan berfikiran terbuka. Kemahiran dalam bidang teknologi mampu melahirkan masyarakat yang berkaliber kerana mereka yang menguasai teknologi akan mendapat lebih banyak info-info yang berguna. Contohnya melalui blog, mereka boleh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman berguna dengan rakan-rakan di laman sosial.


25 comments:

  1. Saya sangat bersetuju bahawa pelajar perlu menguasai teknologi kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tersebut semata-mata bahkan kepada negara juga.

    Dengan adanya pengetahuan teknologi dalam diri setiap pelajar, maka tidak mustahil sesebuah negara dapat melahirkan modal insan yang mahir dalam sesebuah bidang berlandaskan arus teknologi moden serta dapat bersaing dengan negara yang lebih maju dari segi teknologi.

    Perkongsian maklumat melalui teknologi moden juga sememangnya satu kaedah yang terbaik,selain mudah,cepat dan senang,masyarakat bukan sahaja dapat berkongsi dalam negara sahaja malah kesemua negara yang lain.

    Tekonologi sememangnya penting dalam kehidupan pada hari ini, adalah satu kerugian jika pelajar tidak memaplikasikan sumber yang sedia ada.

    CHE NOOR FARAH BAHIAH BINTI CHE YUSOF
    A128412
    TAHUN 2 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    SELASA 8-10 MLM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..w.b.t..

    Saya juga amat bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan. Hal ini demikian kerana, teknologi kini mempunyai pelbagai kepentingan yang tersendiri serta mempunyai pelbagai manfaat kepada para pengguna.

    Sebagai contoh perkembangan teknologi terkini iaitu e-pembelajaran(E-Learning). Teknologi ini amat bersesuaian terutama bagi para pelajar, dimana dengan pelaksanaan e-pembelajaraan ini dikatakan mampu mengubah cara pembelajaran. Malah,pelajar juga dapat mengakses bahan atau maklumat dengan lebih mudah serta mempelajarinya berdasarkan keperluan sendiri dari segi masa teknik juga pada waktu yang tidak formal.

    Perbezaan yang nyata antara Internet dengan medium yang sedia ada dalam proses pencarian maklumat amatlah nyata kerana,ia adalah satu platform yang menyediakan berjuta-juta maklumat daripada pengguna dan penyelidik dari serata dunia.

    Natijahnya,para pelajar perlu mempelajari dan mengaplikasikan kemudahan yang sedia ada kerana sememangnya teknologi ini membawa banyak manfaat dan ia juga dapat dilihat sebagai satu paradigma yang dapat mengubah cara hidup dan budaya kerja.

    SAKINAH BINTI RAMLI
    A130757
    TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    saya bersetuju terhadap maklumat yang diberikan oelh anda. Tekologi adalah suatu yang penting dalam kehidupan seharian. Tanpa teknologi kehidupan seseorang dianggap ketinggalan zaman. Seseorang pelajar perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi maklumata agar mereka tidak ketinggalan dalam segala maklumat yang disebarkan. Teknologi pada masa kini mampu menyampaikan maklumat yang tiada batasan berhubung maklumat di dalam mahupun luar negara. Penyebaran maklumat yang cepat akan memberikan kemudahan dan kebaikan kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat terkini.

    Sehubungan dengan itu, kemahiran dalam penggunaan teknologi akan memberikan manfaat kepada pelajar tersebut. Hal ini demikian kerana ianya akan membantu dalam mendapatkan peluang pekerjaan, mendapatkan sumber kewangan daripada internet dan sebagainya.

    Oleh itu, kemahiran dalam penggunaan teknologi adalah amat penting bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi ilmu kemahiran dama teknologi maklumat.

    FATIN FARHANA ZAKARIA
    A127817
    FSSK/2 [ PEMBANGUNAN MANUSIA ]
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL KOMPUTER 3 DEWAN BUDIMAN

    ReplyDelete
  4. ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL?

    Isu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
    Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
    Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
    Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi.

    NORSUHAIDA BINTI RASHID
    A128064
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    SEMESTER 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas respon anda semua wahai rakan seperjuangan.Pada pandangan saya, para pelajar mahupun individu perlu bijak menilai mana baik dan buruknya sesuatu perkara itu. Mereka perlu menggunakan teknologi ke arah perkara yang akan membawa kebaikan kepada mereka. Contohnya seperti yang saya utarakan di atas iaitu guna teknologi untuk mendapatkan maklumat dalam pembelajaran. Sekiranya mereka menggunakan internet hanya untuk kebaikan tanpa mencari maklumat berunsur seks atau perkara yang negatif, nescaya hubungan seks tanpa ikatan yang sah tidak akan berlaku. Kekuatan iman adalah penting bagi mengelakkan mereka daripada melihat perkara berunsur negatif menggunakan teknologi.

    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN
    TAHUN 2 SEM 2
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL3

    ReplyDelete
  6. saya sangat bersetuju dengan pendapat anda. para pelajar seharusnya menguasai bidang teknologi ini, lebih-lebih lagi dalam bidang teknologi maklumat. hal ini demikan kerana, teknologi maklumat mampu memberi informasi yang berkesan kepada para pelajar. walaubagaimanapun, para pelajar seharusnya bijak sama ada memilih atau menggunakan informasi tersebut dengan baik atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.

    Saya ingin memberi pandangan mengenai ulasan saudari iaitu kepentingan menguasai teknologi. Pernyataan saudari mengenai betapa sukarnya mendapat pekerjaan tanpa pengetahuan yang cukup mengenai teknologi adalah benar.

    Majikan tidak memerlukan pekerja yang jauh ketinggalan serta tidak tahu menggunakan bahan teknologi seperti emel, faks, mesin-mesin dan pelbagai lagi.

    Hal ini kerana ia menyukarkan perhubungan dan melambatkan proses pemindahan maklumat. Walaupun ia hal yang kecil, namun lama-kelamaan syarikat akan kerugian. Oleh sebab itu, banyak premis dan sektor pekerjaan mengadakan kursus serta menghantar pekerja mendalami teknologi setiap tahun.

    Sebagai contoh, dalam bidang perguruan juga mereka telah dihantar untuk mengikuti kursus ICT. Komputer riba juga diberikan secara percuma kepada guru terutamanya yang mengajar bahagian teknologi dan informasi.

    Bagi para pelajar, teknologi penting untuk membina daya pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Harapannya agar mereka mampu bersaing dan meningkatkan kecemerlangan ilmu dengan meneroka pelbagai ilmu dengan teknologi. Maka, penggunaan teknologi dan celik IT perlu ditekankan.

    Sekian, wasalam.

    NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN
    A130252
    FSSK
    TAHUN 2/SEM 2(2010/2011)
    Tutorial: 8-10 pm

    ReplyDelete
  8. Bidang teknologi sangat penting khususnya kepada pelajar. Ini kerana mereka merupakan golongan yang bakal memipin negara di masa akan datang. Oleh itu,usaha yang padu perlu dilakukan bagi memberi pendedahan yang sewajarnya tentang ilmu teknologi kepada pelajar. Dengan pendedahan ini,mereka dapat mengaplikasiaknnya dalam kehidupan seharian mereka seterusnya dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang intelek dan bijak teknologi.

    MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN(A131055)
    PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA
    TAHUN 2,SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    FSSK.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Teknologi adalah penting kepada pelajar terutamanya dalam proses pembelajaran.oleh yang demikian, saya bersetuju dan menyokong jika teknologi ini digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran.Kepentingan teknologi kepada pelajar juga adalah untuk meluaskan minda agar mereka lebih mengetahui dan memahami apakah isu-isu yang terbaru yang berlaku di dalam ataupun di luar negara.

    Selain itu, pelajar juga perlu menguasai teknologi agar mereka boleh belajar untuk mentadbir negara kelak. Negara memerlukan seorang pemimpin yang bukan sahaja pandai dari segi akademiknya tetapi juga bijak dalam teknologi semasa.

    NUR RADIA BINTI HARUN
    A128048
    FSSK/2
    PEMBANGUNAN MANUSIA

    ReplyDelete
  11. sememangnya teknologi dapat menyelesaikan sesuatu masalah tetapi akam membawa kepada masalah yang baru. oleh itu teknologi perlu dikawal.hal ini demikian kerana teknologi mempunyai ciri-ciri tertentu seperti kompleksiti,dinamik, tidak telus dan mengikut reaksi masa..walaubagaimanapun saya setuju sekiranya semua pelajar perlu menguasai teknologi.( just a comment..klu salah tlg betulkan..hehe)tq..

    ReplyDelete
  12. SALAM CITY..
    Darpada post anda ini, saya berpendapat bahawa teknologi mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam membantu memberi kesenangan dalam melakukan aktiviti kita seharian. oleh itu, tidak salah kalu kita mempelajari teknologi.
    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
    A127887
    FSSK/2

    ReplyDelete
  13. saya juga bersetuju dengan pandangan saudari. Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya universiti swasta yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

    NUR SYAIRAH MOHAMAD
    A128536
    FSSK/2

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    Adalah satu kerugian terhadap pelajar yang ketinggalan dan tidak menguasai Teknologi. Pada zaman serba moden dan canggih ini, mempunyai kemahiran dalam menggunakan alat-alat teknologi terutamanya komputer dan alat-alat lain yang boleh membantu dalam pembelajaran merupakan satu bonus kepada para pelajar. Ini kerana dengan tahunya mereka menggunakan sesuatu teknologi itu dapat menolong mereka untuk melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan senang selain menjimatkan masa.

    Tambahan lagi, pada zaman sekarang mahir menggunakan teknologi komputer merupakan satu kelebihan terutama jika ingin mencari kerjaya apabila sudah bergraduasi kelak. Kebanyakan syarikat-syarikat memerlukan pekerja yang berkemahiran dalam menggunakan komputer dan alat-alat teknologi. Jadi, pelajar perlulah menguasai teknologi agar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan zaman sekarang.

    NURMARIAM AISYAH BINTI HASHIM
    A130905
    PENGAJIAN BAHASA INGGERIS, FSSK
    TAHUN 2 SEM 2, SESI 2010/2011
    Tutorial Selasa, 8.00-10.00 malam, Makmal 3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  15. Teknologi sebenarnya kalau digunakan dengan betul mempunyai banyak manfaat. Ia memudahkan banyak kerja dan IT adalah satu bidang yang berkembang dengan cepat. Dulu komputer meja, selepas itu komputer riba, tablet PC dan sekarang iPad pula. Ia sentiasa bertambah baik dan semua orang perlu melengkapkan diri masing-masing supaya tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi ini. Jadi, kita sebagai pelajar dari mana-mana bidang pun, harus menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi ini.

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    Pentingnya teknologi bagi seseorang pelajar kerana teknologi mampu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Ia juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang. Tambahan pula, dapat mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar. Ia dapat mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Teknologi mampu membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Selain itu, teknologi dapat melibatkan pelbagai deria pelajar. Contoh: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Ia dapat memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar serta membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Akhir sekali, teknologi dapat memperkayakan pengalaman pelajar. Contoh: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.

    NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
    A125102
    TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
    Isu: Laman Sosial dan Pendidikan

    ReplyDelete
  17. salam city,

    Kita semua sedia maklum dengan peredaran globalisasi masa kini, manusia berlumba-lumba untuk menguasai teknologi. Tidak kira di dalam negara mahupun di luar negara. ini bermakna kepentingan ict jelas menunjukkan kepada kita sesebuah negara yang maju perlu menguasai ict dengan baik. Pada masa kini penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan kita meluas. Justeru itu kita mestilah peka terhadap perkembangan teknologi maklumat.

    Pelajar yang menguasai kemahiran ini membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dengan mudah kerana di zaman sekarang banyak pekerjaan yang menggunakan teknologi maklumat. Penggunaan komputer, internet dan sebagainya adalah satu kemestian dalam industry pekerjaan kini. Di samping itu, kita dapat meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian kita. Hal ini kerana teknologi maklumat dan komunikasi adalah menggunakan medium bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi. Apabila kita menguasai ict, kita juga sebenarnya boleh menguasai bahasa Inggeris. Kita telah menguasai dua benda dengan hanya belajar satu benda iaitu kemahiran teknologi ict.

    Oleh itu saya bersetuju dengan kenyataan city, pentingnya penguasaan pelajar dalam ict agar ia dapat mewujudkan masyarakat yang celik it sekaligus memajukan negara.

    NOOR ADIBA BTE ABDUL RASHID
    A127162
    PEBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    TAHUN2 , SEM 2, SESI 2010/2011
    MAKMAL 3, SELASA, 8-10PM

    ReplyDelete
  18. teknologi kini semakin pesat berkembang dalam jangka waktu yang amat singkat. bahkan kita dapat melihat penggunaan teknologi kini terdapat di merata-rata tempat termasuklah di tempat kerja. sebagai pelajar terutamanya di peringkat institusi pendidikan tinggi seharusnya boleh menguasai beberapa penggunaan teknologi asas yang secara tidak langsung boleh meningkat kemahiran insaniah dalam diri mereka.

    MOHD FAIZAL BIN ISMAIL
    A128748
    MENTION/FSSK/2
    SEMESTER 2/2010/2011
    TUTORIAL SELASA/9 P.M

    ReplyDelete
  19. Salam cik City..
    Dalam arus globalisasi ini, sememangnya penguasaan dalam bidang teknolongi amat penting bagi semua orang. Jika kita lihat Jepun adalah antara negara yang termaju dan ke hadapan dalam sistem teknologi, dengan itu sekaligus memberi manfaat kepada bangsa mereka sendiri ekoran tingkat penguasaan teknologi yang tinggi. Oleh itu, bangsa kita jika mahu maju, juga harua menguasai bidang-bidang teknologi dan kagum dengan teknologi yang ada. Khususnya golongan muda kesedaran tentang pentingnya penguasaan dalam bidang sains dan teknologi amat penting sekaligus berpotensi dalam melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi, berinovasi serta berdaya saing.

    NOORHAFIZA HASNI AB MANAF (A127607)
    HUMAN DEVELOPMENT FSSK 2010/2011
    TAHUN 2/2

    ReplyDelete
  20. Saya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh saudari. Penguasaan dalam bidang teknologi akan menjadi satu kelebihan kepada para pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan. Ini kerana, kemahiran dalam teknologi merupakan salah satu keperluan asas bagi sesebuah majikan untuk mengupah pekerja.

    MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
    PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  21. Penguasaan pelajar terhadap teknologi harus seiring kerana pada masa kini penggunaan teknologi amatlah penting. Bagi pelajar yang tidak mengambil kesempatan menguasai teknologi merupakan satu perkara yang merugikan. Pelajar akan tercicir dan tidak akan dipertimbangkan untuk sebarang jawatan yang dipohon kerana ramai pelajar lain yang sudah menguasai teknologi yang sedia asa masa kini.

    MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
    A130944
    FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
    TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete
  22. salam...
    seiring dengan perkembangan dunia pendidikan dunia yang membangun dari masa ke semasa,penggunaan teknologi penting bagi memastikan isi-isi pelajaran dapat disampaikan dan disebarkan dengan berkesan..bagi pelajar pula terdapat banyak cara utk mengakses ilmu-ilmu,salah satu adalah menggunakan internet..jikalau pelajar tiada kemahiran mengendalikan alat-alat teknologi akan menyukarkan pelajar mencapai ilmu tersebut..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Zulaiha,

    Isu tentang penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar adalah sangat penting.Hal ini adalah kerana penggunaan teknologi memudahkan para pelajar melakukan assignment terutama dengan bantuan kemudahan internet. Maka, pelajar adalah perlu untuk menguasai teknologi seiring dengan peredaran masa.

    Roziana Binti Ab Rasit
    A123927
    FST/3 Sem 2 Sesi 2010/2011
    Tutorial:Selasa 8 p.m

    ReplyDelete
  24. Terima kasih kerana membangkitkan isu ini.
    Penguasaan teknologi bukan perlu ditekankan kepada remaja sahaja bahkan seharunsnya semua golongan masyarakat juga perlu mendalami dan memahami teknologi kerana teknologi merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia zaman sekarang tidak kira untuk perkerjaan mahupun untuk tujuan kemasyrakatkan dan seiring dengan pemahaman tentang teknologi harus juga ditekankan aspek etika dalam teknologi supaya teknologi dapat digunakan bukan untuk kepentingan individu tertentu sahaja.

    Faridah hanis Bt Hood
    A130471
    FSSK.SEM 2 2010/2011
    TUTORIAL SELASA 8 MALAM

    ReplyDelete